Follow me on Twitter RSS FEED

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

aku tahu kau sayang kat aku

aku tahu kau benci dengan aku

aku tahu kau tak boleh terima aku

aku tahu aku banyak sakitkan hati kau

aku tahu aku banyak menyusahkan kau

dan aku tahu aku ni membeban kan kau






tapi.
sejauh mane kau membenci aku..
kau akan tetap sayang aku..

seberat mane kau kata aku ni membebankan kau..
seringan mulut juga kau nak tolong aku..

ingat..
kita ni adik beradik..
air dicincang tak akan putus.

kau buat aku macam mane pun..
aku tetap abang kau..

walaupun aku banyak yang salah dari yang betul.
percayalah..
apa yang aku buat kat kau..
apa yang aku marah..
apa yang aku pukul..
apa yang aku tak bagi..

semua tu untuk kebaikan kau..
kau mungkin boleh mengabaikan segala kata-kata aku.
tapi kau..
amanah aku..











Alahamdulillah

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

alhamdulillah..
kesihatan beransur pulih..

alhamdulillah..
keadaan semakin baik..

alhamdulillah..
kehidupan semakin indah.

alhamdulillah..
atas semua rezeki yang datang.

alhamdulillah..
semuanya berjalan dengan lancar..

alhamdulillah..
aku mampu melihat dunia lagi hari ini..

alhamdulillah..
aku dapat memaafkan orang hari ini..

alhamdulillah..
aku dapat kawal diri sendiri..

alhamdulillah..
atas semua nikmat yang diberikan..

alhamdulillah..
syukur

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

tenang sungguh hari ini...
boleh jalan jalan blog orang lain..
dah tu kebosanan yang melampau kot kat opis ari ni..
datang keje seawal pagi..
memang pagi giler la..
lepas subuh...
fuhhhh...
balik pulak pukul 9 malam..
*fulamak long kaye la ko pas ni..bole beli kereta api.
die tak tau aku penat giler kat sini..ciss cik bedah..

kalo ikutkan aku tak update pon ape ape kat blog ni..
sebab bz giler,.
tapi setelah di paksa dan dipaksa serta terpaksa.
aku tulis la jugak.
nak sedapkan hati adik aku tu...
kalo takkkkkk...
*along nak kasutttt!!!
*along nak baju sekolahhhh!!!!
*along lapaaaaa!!!
*along please la..tolong la...update ko punye blog tu..
hahahahahaha

semua yang aku update sebelum sebelum ni pun..
aku rase aku takde mention kan name sape sape kan.
dan tak pulak aku bagi klu aku tujukan pada siapa kan.
aku rase baru hari ni aku jalan jalan tengok blog orang lain

aku update segale post dekat blog ni..
bukan ditujukan kepade sesiape pun..
tiada tujuan pun aku update blog ni..
kepada sesiapa yang rase tak puas hati tu..
try call aku..cakap..ape yang kau tak puas hati..
ape yang rase merimaskan kau..
aku takde masalah..
kalau tak nak..takpe..
aku nak mintak maap la kalau ade sesiapa yang terase dengan post post aku sebelum ni.


Posted in By si otak bebal 0 kritikan

sedar tak sedar
aku dah mulakan kehidupan aku sendiri
kehidupan yang memerlukan aku berfikir tentang segalanya

tidak seperti dulu lagi
aku hanya bergantung pada keluarga

dengan hasil titik peluh aku sendiri
baru ku tahu
bagaimana penat lelah kerja hanya untuk mendapatkan sedikit rezeki

alhamdulillah
aku berjaya hadapinya
moga hari hari yang mendatang
aku akan menjadi tabah

*mula mencari harta sendiri
*mula menolong keluarga
*mula abaikan foya foya

for the next 2 years..
insyaallah..
i will think about the other things..
not now..
not today..

satu lagi.
sekarang ni aku da malas nak gunting rambut.
da malas nak hensem hensem

aku selekeh?
memang..ape kau kisah kan?
muahahahaha..


Posted in By si otak bebal 0 kritikan

there a time that i will sit alone at night.
suddenly i think about you.
i just can smile alone..
but when i woke up the next day.
i just wonder..it's that really happens to me..
i just throw the question away..
its gonna not be happens..
never!!

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

if you want to make peace.
you don't talk to your friends.
but talk to your enemies.

dua keping sahaja

Posted in By si otak bebal 0 kritikan


Posted in By si otak bebal 0 kritikan

politik jiwa kau tak sudah sudah
bosan
bosan

kau saja yang betul
kau saja yang hebat
kau mahu jadi seperti malaikat

tetapi sebenarnya kau tak mampu

tak usah berangan

sudahlah

Posted in By si otak bebal 0 kritikan


Bahawasanya air mata
tiadalah ia memilih tempat untuk jatuh…
tidak pula memilih waktu untuk menitis…
Air mata adalah kepunyaan bersyarikat…
dipunyai oleh orang-orang melarat yang tinggal
di dangau-dangau yang buruk oleh tukang sabit yang masuk
ke padang yang luas dan ke tebing yang curam,
dan juga oleh penghuni-penghuni gedung-gedung yang permai
dan istana-istana yang indah.
Bahkan di situ lebih banyak orang menelan ratap dan memulas tangis.
Luka di jiwa yang mereka hidapkan, dilingkung oleh tembok dinding
yang tebal dan tinggi, sehingga yang kelihatan
oleh orang luar atau yang mereka ketahui hanya
senyuman saja,
padahal senyum itu penuh dengan kepahitan

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

engkau..
engkau dan.
engkau..

jadi peneman
jadi sahabat
jadi kawan
jadi musuh

engkau boleh jadi segala gala nya untuk aku

tapi.

kau tak boleh
aku tak tahu kenapa.

jauh..
jauh kau pergi.

seperti tiada apa lagi.
kosong
bagai angka kosong

tiada apa
tiada apa apa lagi

:)

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

Realiti hidup ini penuh dgn kekejaman,


realiti hidup ini penuh kepalsuan,

realiti hidup ini penuh kepura-puraan,

realiti hidup ini penuh kesengsaraan,

realiti hidup ini penuh kehinaan,

namun sedarlah diriku....

laluilah realiti hidup ini dengan penuh kesabaran dan keredhaan.

laluilah hidup ini dengan kejujuran,

laluilah hidup ini dengan kegembiraan,

laluilah hidup ini dengan penuh kasih sayang,

laluilah hidup ini dengan rasa sifat tawadhuk.

Insya ALLAH kebenaran akan mengalahkan kebatilan..

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

Aku jelik pada si bodoh itu..
Tidak cerdik juga tidak celik..
Komposisinya sonsang..

Ini bukan ruang transaksi jijik..
Usah cemar surga..

Salah aku kah?

Liat..
Kalis nasihat..
Tersiat tergores hati atas pulangan dari kamu..

Sudah-sudah la..
Perenggan juga ada noktahnya..

Proud to be johorean

Posted in By si otak bebal 0 kritikan


Melayu Johor
telah terlalu banyak kita kehilangan
sawah ladang bertukar tangan
pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
yang tinggal hanyalah pakaian
sedarah sedaging hampir hilang
yang ada hanyalah setulang
Selat Tebrau kian sempit
hati rindu jauh tergamit.


Di Johor,
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
malah Muallaf bertakrif Melayu.


Melayu itu maknanya bijaksana
"jika menipu pun bersopan"
kurang ajarnya tetap bersantun
dajalnya cukup selamba
budi bahasa jangan dikira
beraninya cukup benar
tunduk bila bersalah
"lembutnya cukup jantan"
setia sampai ke kubur
biar mati adat jangan mati sahabat.


Anak Johor,
luka di Tanjung Putri
parutnya di Parit Raja
muka biar berseri
mulut biar berbahasa.


Berkelahilah cara Melayu
menikam dengan pantun
menyanggah dalam senyum
marahnya dalam tertawa
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak.


Watak Melayu menolak permusuhan
jiwa Melayu mengangkat persahabatan
kasih sayang kekeluargaan
ringan tulang saling bertolongan
jujur memaafkan, ikhlas memberikan.


Berdamailah cara Melayu
silaturahim yang murni
di mulut sama di hati
maaf senantiasa bersahut
tangan dihulur bersambut
luka pun tidak lagi berparut.


Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
dalam kekeruhan ini carilah perdamaian
sifat terpuji setiap insan.


Bermuafakat supaya berkat
bersaudara dunia akhirat
berikhtiar dengan tabah
kepada Allah berserah.

USMAN AWANG
1988

tabah

Posted in By si otak bebal 0 kritikan


Selamilah samudera jiwa kita. Umpama ia lautan yang teramat dalam, kerana itulah kita harus mendalami kehidupan. Ibarat diam menyimpan intan, mutiara dan rahsia alam, begitulah selayaknya perasaan dan emosi yang seharusnya berkembang.

Umpama lautan tidak bertepi, sebegitu jua kata dan rasa kemaafan harus diberikan dan diucapkan pada mereka yang mungkin sedang keliru, tidak ambil peduli atau kerana kejahilan rasa hati.

what do you want to do before you die?

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

aku hanya perlukan mak abah 
duduk dan bersembang
bercerita tentang aku

aku mahukan segala perbualan antara aku dan mereka 
dipenuhi dengan senyuman dan gelak tawa
tiada tangisan
tiada sketsa sedih
tiada kemarahan

aku mahu mereka tersenyum melihat aku
berbangga dengan aku
bersyukur ada aku

aku mahu berbual dengan mereka sebagai kawan
yang boleh bergurau senda
yang sedia berkongsi masalah
yang sedia membantu

aku benar benar inginkan situasi itu
aku tak mahu seperti situasi yang sedia ada ini

aku akan tunggu saat itu
saat aku tersenyum di kala aku pejamkan mata :)

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.. 

jiwa

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

ku sedut ku hembus
ku sedut ku hembus
terlihat kepul kepul asap
keluar dari liang ronga mulut aku

kenapa aku ambik balik bende ni
aku serabut
aku kusut

tika aku gembira
aku nak kongsikan pada satu dunia
biar dunia tahu betapa gembiranya aku
tapi saat aku jatuh
aku terus terjatuh
hingga berkecai sepai semangat aku

"padan muke ko"
"hadap la sendiri"
kata kata semangat yang paling 'memberangsangkan'
belum lagi kata kata kesat yang aku dapat

'quit'
betul ke ape yang aku buat ni
patut ke aku piki betul betul bende ni
jiwa aku bagaikan mula pudar
mula hilang

aku mahu tunggu hingga jiwa aku betul betul hilang
aku perlukan jiwa yang baru



kuasa veto

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

aku suka gunakan kuasa veto kat rumah
senang keje aku
korang sume bawah arahan aku
lagi lagi bila mak bapak aku takde
janganlah kau nak suke suke yer

terasa macam perdana menteri kejap..
tau tau je sume da siap..

kisah raya aku.

Posted in By si otak bebal 2 kritikan

assalamualaikum

aku rase tak terlambat lagi kalau aku nak cerite pasal hari raya aku hari tu
raya belum habis lagi kan?haha

raya tahun ni tak semeriah la raya tahun lepas
tahun ni pagi raya aku kat rumah aku
bukan kat kampung belah mak aku mahupun belah bapak aku

time malam raya aku sibuk berjalan ngan membe aku
pergi parit raja la..batu pahat la..
pastu lepak sampai subuh..
balik rumah tak reti nak tido
aku baru je nak lelap
adik aku dah menyampuk dah"ayong!!bangunlah..hari raya ni"

memang la hari raya..tak kan hari guru pulak
dengan mata aku yang rabak.aku pergi mandi..
bersiap bagai nak g masjid..
adik aku sibuk ngan baju raya baru..
aku rilek je pakai baju raye taon lepas..

habis je sembahyang raya..
siap makan sume bergambar la ape la.
bersiap nak balik kampung..sebelum tu..
haruslah adegan nangis menangis kejap.
aku sebagai ayong..come 1st..
pastu time adikadik aku bersalam ngan aku..
rase cam bapak orang la pulak..haha

famili aku yang lain pun gerak la balik kampung belah mak aku dulu kat bekok
aku jalan lambat sikit.
sampai je kat bekok.salam la ngan atok nenek sedara mara sepupu sepapat..
macam tahun tahun yang lepas.
aku lepak umah atok aku je malas nak ikut beraye..
time tu la ade 'pegawai penyiasat' a.k.a macik macik aku

"ko da keje ke?"
"bile nak kawen?"
"tak bawak awek kau balik kampung sekali ke?"

ape kejadahnye macik macik ni..ingat aku ni da tua sangat ke.
tau la aku malas nak shave bagai..kang semart sangat.
aku malas nak layan..aku terus pass kat mak aku..
pastu aku terus gerak balik kampung belah bapak aku pulak kat labis

sampai kat labis pun same jugak..
dapat jugak soalan cam tu..ciss!!
taon depan aku kene bertukar ni..bagi slim sikit
biar diorang sume tak kenal aku..
hahahaha

malam tu jugak lepas maghrib aku terus gerak balik rumah.
terasa kemalasaan untuk beraya membuakbuak
tapi malangnye..time aku otw balik tu la hujan.
habis basah lencun aku..

malam tu..aku dengan selamba badak je teruskan aktiviti aku macam biase.
macam tak raye je..
padahal mak aku da bising da..haha

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

assalamualaikum


dah selesai dah tugas aku kat sini
tapi..
aku masih ada lagi kat sini
apa aku buat?
tak nak balik rumah?
lupa jalan balik?

tiba masa aku tenangkan diri
setelah sekian lama

aku tetap rasa tak tenang
selalu
selalu rasa tak sedap hati
aku selalu abaikan rasa itu

supaya aku tak fikir bukan bukan

a'ah..aku memang suke fikir bukan bukan
kadang kadang nak tidur pun
aku selalu fikirkan
'apsal mude mude lagi dah banyak hutang?'
'apsal aku dapat ni'
'apsal aku tak dapat tu'
'apsal jadi macam ni'

aku mule berfikir sampai aku tidur
bila bangun pagi
aku dah lupa semue tu

indah betul waktu 10 saat lepas bangun tidur
tak fikir apa apa pun

lepas 10 saat dah macam macam dah kite kene fikir
nak pergi sekolah.
kolej.
kerja

aku pun tak tau la ape aku da merepek ni
aku perlukan tidur
tidur yang secukupnya
setelah 3 hari.
aku tak tidur

bagi aku mimpi
mimpi yang aku inginkan
jika mimpi itu datang
jangan kejut aku
biar aku menikmati mimpi itu


Some men are born mediocre, some men achieve mediocrity, and some men have mediocrity thrust upon them.

kiri atau kanan?

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

aku tak boleh terlampau selesa
selesa dengan apa yang aku ada
selesa dengan apa yang diberi

aku tak boleh!
tak boleh!

nanti aku akan jadi berlagak.
riak.
sombong.
takbur.
dan dipandang serong

aku lebih suka jika dunia menghembus kata kata yang hina kat aku
ya! pelik kan?

aku suka keadaan terdesak
aku suka keadaan jiwa aku huru hara
aku suka keadaan aku dalam kesempitan

sebab
pada waktu tu lah
aku belajar

belajar untuk menyelesaikan konflik jiwa
konflik kehidupan
konflik duniawi

kadang kadang dirasakan dunia ini tidak adil
mana undang undang
mana hati perut
mana perikemanusian

dalam dunia manusia ini
tiada yang adil
semuanya huru hara
berat sebelah

pabila rezeki dicari menggunakan tangan kiri
'ia' menjadi hitam
hitam sehitam hitamnya
tertutup hati manusia

berlagak dengan hasil tangan cebok itu
mana pergi rezeki yang diberkati
mana pergi ucapan alhamdulillah
mana pergi rasa seorang hamba kau

biar banyak mana pun duit kau
biar besar mana pun rumah kau
biar semewah mana pun kereta kau
aku tak peduli

biar aku pula yang kaya
kaya dengan ilmu
kaya dengan tatatertib
kaya dengan bahasa

setakat kaya sahaja
tapi jiwa tak bahgia
apa guna

dah macam patung
kau disarungkan dengan baju yang mahal
tapi

kau tak boleh bergerak
kau statik

orang ramai mungkin dekat dengan kau
melihat baju mahal itu
tapi ada dikisahkan pasal kau

kau seperti dungu
orang mahukan baju itu.
bukan kau

bangkit
bangun
sedar

tak perlu berada di zon yang sangat selesa
cukuplah sekadar apa yang ada

sebesar mana pun kau di dunia ini
kau tetap sama kecil dengan kami semua

seperti sampah!

Posted in By si otak bebal 2 kritikan

bersekang mata untuk final exam yang betul betul final
 terpaksa menahan mata hanya kerana sakit kepale
  terpaksa menahan lapar sejak kejadian tu
   terpaksa menahan telinga dari kata kata famili sendiri
   
adrenalin aku seperti sudah habis
sudah habis aku perah untuk perkara perkara yang tak sepatutnya aku fikir kan

aku terpaksa berhempas pulas untuk mencari adrenalin yang terakhir
ya!
yang terakhir

untuk seminggu saja lagi.
selepas itu..tamat sudah segalanya

tidak perlu lagi aku memikirkannya

tinggalkan semuanya disini
dan kembali ke tempat aku

tempat biasa
biasa aku tidur dengan nyenyak
biasa aku dengar kaum hawa membebel
biasa aku makan dengan kenyang
biasa aku bergaduh

tapi
mungkinkah semua yang aku biasakan
akan jadi seperti biasa

ataupun akan menjadi biasa dengan masalah itu?

masalah!
aku akan diam apabila ada masalah
aku akan menipu apabila ada masalah
aku akan makan sekenyangnya bila aku ada masalah

aku mula mencari hiburan aku sendiri
tapi aku sedar.
hiburan?
sekadar dunia

aku tetap ingat kepada Tuhan aku Yang Satu
bermohon agar dipermudahkan urusan ku
dibukakan pintu hatiku
dlapang kan dadaku
diberi petunjuk
tak lupa..diampunkan segala dosa ibubapaku :)

aku mudah tersenyum
melihat telatah manusia
aku juga
mudah dihina oleh manusia

ku simpan dalam dalam
agar 'bende itu' boleh dijadikan bom nuklear
bom sekalian manusia

biar semua rasakannya
rasakan bagaimana
dihina
dicaci
dikeji

biarkan
biarkan aku

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

minta sesaat lagi,
kerana seluruh nafas
selama hidup
telah tertumpah dan terbazir.

minta sesaat lagi,
supaya sempat
aku redhakan
satu persatu getir.

minta sesaat lagi,
untuk aku maknakan
sia-sia nyawaku
dahulu.

minta sesaat lagi,
kau perlu tahu
milik siapa sebenarnya
hati aku.

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

Berapa lama lagi…mimpi indah ini
Sertai tidurku
Hingga ku enggan terjaga
Dari mimpiku

Bukannya aku tak mau melihat kenyataan
Bukannya aku bahagia bila hanya melihat mimpi
Namun sesungguhnya ku tak mampu
Menyadari kenyataan itu

Bahwa kau telah berlalu
Hilang di telan waktu
Dalam malam yang sepi
Dinginkan tubuhku

Aku hanya mampu sembunyi
Dari hari
Dari pilu
Menghambat langkahku
Tak sanggup berlari
Hanya terdiam dalam selimut
Kenang indahnya
Hanya di mimpiku

Posted in By si otak bebal 0 kritikan































































I still adore you

Posted in By si otak bebal 0 kritikan


berdoa :)

perjalanan masih jauh..

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

assalamualaikum..
hidup ini penuh dengan liku liku..
kadang kala kita kat atas..
kadang kala kita kat bawah..
tapi tu semua tak menghalang kita dari teruskan hidup..

kita punya tuhan..
tempat untuk kita mengadu dan berdoa..
tatkala kamu berseorangan..
jangan pernah fikir kamu berseorangan..
dan tiada teman untuk berbicara..

fikirlah bahawa kamu masih ada tuhan..
jadikan ia satu tempat untuk mengadu..
apa apa hal pun..
Dia Maha Mendengar..

perjalanan kita sebagai seorang hamba masih jauh..
sehingga sekarang ini..perjalanan kita masih sedikit..
tak semua yang kita nak kita boleh dapat..
kadangkala tuhan tunjukkan pada kita sekejap sahaja..
dan kemudian Dia tarik balik..
supaya kita tau erti bersyukur..
mungkin selepas ini..Dia tunjukkan balik atau bagi yang lebih baik lagi..

kejap lagi aku nak balik johor..
lepas sahur mungkin aku bertolak..
mudah mudahan selamat sampai..
moto aku pun da servis da..
InsyaAllah..takde ape ape nanti..

bole tuju lagu?

Posted in By si otak bebal 0 kritikan


usaha aku..huahuahua

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

amacam?

macam macam tol la adik aku ni.. ayong says

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

angah: ayong duit ko cukup tak..abah says.
ayong: cukup cukup..apsal nak bagi ke? along says
angah: ***** mak says
ayong: aku plak kene. along says
angah: ko nak berape. abah says
ayong: seberape yang mampu la. along says
angah: ***** mak says.


"ape kehe nye ngan adik aku ni..
sume nak letak says says..
aku pun da terikut sekali." ayong says

alhamdulillah :)

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

alhamdulillah..
dapat jugak puase penuh ari ni..hahaha
tapi bengang jugak aa..
penat penat aku pegi bazar beli makanan sume..
tibe time buke..
hilang sume lauk lauk aku..
kuih pon dapat sekeping je..ciss...
bole dorang cakap "ingatkan aku punya"
 damn!!!

memang tak la kan aku nak wat baik ngan kau pas ni..
agak agak la der..
kau da keje tak payah la nak saving sangat..
bapak aku bagi aku duit belanja bukan gaji..

takpe aa..aku halal kan je aa..

khas untuk kau :)

Posted in By si otak bebal 1 kritikan

selamat hari lahir..
moga panjang umur and murah rezeki..
esok jangan g makan kek pulak siang siang..
kan pose ni. :)

takde hadiah yang aku bole bagi..
cume aku bole hadiahkan kau doa..
doa supaya kau panajng umur, murah rezeki, dipermudahkan urusan dunia n dapat keberkatan ramadhan ni.
ni je la yang aku mampu bagi..
aku bukan macam anak anak dato sekalian mahupun orang orang yang kerja kat atas kapal tu.
yang bole dapat dwet puluhan ribu...*coming soon untuk aku hahaha
insyaAllah sampai bile bile aku doakan kau macam ni.. :)

pape pun selamat berpose yer..
walaupun kite dah tak serapat dulu..
tu sume hak kau..aku tak halang pun.. :)
moga kau tak pernah lupe tentang diri aku ni..

kalau nak lupe pun takpe.tak kesah pun..hahaha..
btw..aku ade denga cite pasal doraemon.. ???
kemusykilan di situ..
takpe la.abai kan saje..

jage diri elok elok..
assalamualaikum

bertemu lagi kite :)

Posted in By si otak bebal 1 kritikan

diam tak diam..
dah nak masuk bulan pose da..
tibe mase kite perbanyakkan amalan amalan kite..
satu bulan yang amat bagus sekali untuk kite mendekatkan diri kepada Allah.

aku mengharapkan bulan pose tahun ni lagi baik dari bulan bulan pose yang lepas..
moga hati aku tenang nak menjalankan ibadah pose ni..

kalau nak cerite pasal pose ni la kan..
dulu dulu la..ni cite dulu dulu punye..
zaman batu kat lastik tu...
aku suke tolong mak aku hantar makanan kat uma orang..
tapi kalau aku yang hantar..makanan tu sume mesti tinggal separuh je..haha
tapi time mak ak nak beranak dulu..aku duduk ngan macik aku..
macik aku ni power masak..so aku dengan ringan tulang..tolong la macik aku..
tak tau aku ni ade propaganda lain.haha
so smpai sekarang macik aku tak tau pasal aku kebas mee kari die dulu sampai abes..haha..

aku pulak dengo dengo 1st pose nanti mak aku nak datang pulak..
buke same same letewww.haha
mak, tolong jangan mintak bukan bukan macam hari tu ea..susa nak tunaikan tu..haha
abah, u the best bro..wa caya sama lu..ape barangggg..nanti balik kite lumbe moto lagi..haha

sekian..semoga ramadhan kali ini diberkati. :)
assalamualaikum..
layan la dulu lagu kat bawah ni..best!!

sep sep bom bom

Posted in By si otak bebal 2 kritikan

sep sep sep
bom bom bom

ola oli
kuberi nama
saudara saudari
cikebum cikebum
malam malam minggu
siang siang hari
disco disco
putih putih melati
ali baba
merah merah jelita
meow meow
siapa yang cantik
hati cinderella
...
and then I forgot.

assalamualaikum
kum apa combat
bat apa batman
man apa mentol
tol apa tolak
lak apa laksa
sa apa sepak
pak apa pakcik
cik apa cicak
cak apa cawan
wan apa wan two three four five six seven eight nine ten
ten apa tembak
bak apa bak duit
duit apa duit sen
sen apa sentul??

and then I forgot. 

Under the rainbow, 
under the sea bom bom bom
You are forever,
you are for me, bom bom bom

and then I forgot.

This is what real kids do, way before the Wii and the PS2 was invented. 
It's so weird reading it then actually saying it. 
I wonder who created the lyrics. It makes no freakin' sense.

fuiyyooooo..!!

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

assalamualaikum..
waduh waduh..udah lama deh tak update blog ya..
bz dong..haha

pagi tadi aku baru balek dari oxford..
penat woo..jalan sana sini..
bile lagi la aku nak pegi sana lagi ea..
aku nak tengok sungai die..bunga bunga kat sana..
da la sejuk kan..pehh..mantop..

tapi tu la..sume tu mimpi je..
flight aku ke balik ke Malaysia pun awal sangat..
subuh aku da tersedo..nak wat cam ne..
kacau tol la nak berguling guling kat sane.haha

sebeno nye aku nak jugak pegi oxford..
tengok sepupu aku tu ha..
honeymoon sampai ke oxford..kemaen lagi jao..
ish3..bile la turn aku ea.haha..

dalam mase seminggu due ni..
aku memang la bz bz bz bz bz bz bz bebeno..*konon
dengan assigment la.presentation la..
pastu ade event ape ntah..tu pun da malas giler aku nak pegi.
bio je..

tapi kan..
minggu lepas aku dihujani ribut petir halilintar mesej mesej ke dalam henpon aku..
sume dok tanye aku ni..da pahal?

N: mane ko ilang ha?senyap je?
F: ko idop lagi ke tak ni?
I: wei bisnes jadi tak?ko jangan senyap je weh?
A: lari jao nampak bro?
S: da kat ganu da?awal beno balik?
T: apsal awal sangat kau balek ari tu?kolej pon lom bukak lagi kan?

haaa..tu antara nye la..kalau tak banyak lagi tu..
hahaha..aku malas sebeno nak melayan..
da tu asal aku balek rumah je..mesti takde membe nak lepak..
asal aku da balek ganu..time tu la masing masing sebok balek..
haaa..aku balek je senyap senyap..apedahal kan..ngehngehngeh

btw..masalah masalah sebelum ni belum settle lagi..
aku try pelan pelan nak settle kan..
hari hari aku doa..mintak dipermudahkan urusan aku..
moga semue nye kembali pada asal. :)

haa..ari tu aku ade pegi jumpe doc..
tapi kat klinik laen la kan..

D: haa..awak ade saket ape ni?
J: saya dulu pegi medical checkup..doc kate ade sakit *** n then mungkin ade sakit ***..so saye nak tengok
   cam ne keadaan nye skang..da oke ke lom..ade masalah lagi ke tak..
D: lagi?awak ade rase pape lagi?
J: ade..saya skang ni selalu nak pitam je rase..saket pale menyucuknyucuk..
D: owh..awak ni rehat cukup je..tido kene cukup..tu je..dah..awak bole balik.
J:takde ubat ke doc?
D:takde..

pehhh...die bole kate gitu..
dammnn!!!!..
kalo aku tau camtu baek aku suruh adik aku je check..
lagi senang...puiii!!
memang tak la kan kalau aku nak pegi lagi..
aku engat kan ade la bagi ubat ke ape ke..
sia sia saje..
sekian dulu..wasalam. :)

jap jap..wait seminit..sebelum tu layan lagu ni dulu.

sahabat. :)

Posted in By si otak bebal 1 kritikan

Ya ALLAH, 

Panjangkanlah umur sahabatku,

Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,

Terangilah hatinya dengan 'nur' pancaran iman,

Tetapkanlah hatinya,

Perluaskanlah rezekinya,

Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,

Jauhkanlah hatinya daripada kejahatan,

Tunaikanlah segala hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat.

Ya MUHAIMIN,

Jika dia jatuh hati,

Izinkanlah dia menyentuh hati seseorang

yang hatinya terpaut pada-Mu
agar dia tidak terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu

Jagalah hatinya agar tidak berpaling

daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu

Jika dia rindu

rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu

Ya ILAHI,

Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia ke jalan-Mu

Jika KAU izinkan aku merindui sahabatku

Janganlah aku melampaui batas
sehingga aku melupakan 'CINTA HAKIKI', 'RINDU ABADI' dan 'KASIH SEJATI' -MU
ya ALLAH
kurniakanlah sahabatku
kesenangan, ketenangan, kebahagiaan, keberkatan & kecemerlangan
di dunia dan akhirat.

bubbly bucktooth bunny

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

you woke up in the light of day in silence
breathe in the scent of what used to be
you seek distractions to forget the pain
you do the things you were told not to

so don't breakdown
there's more to life than recalling your mistakes

you held the pillow of the sweetest memory
you only see one of what was two
you feel alone as though no one understands you
well trust me when i say i've been there before

so don't breakdownt
here's more to life than recalling your mistakes

don't you cry now, dear
you're changing for the greater good

lagi sekali..

Posted in By si otak bebal 4 kritikan

ape la nak jadi dengan aku ni..
jatuh tangga lagi..
terseliuh lagi..
sabo je la..
naseb baek satu kelas je ari ni..
kalo full..
tak tau la ape jadi dengan kaki aku ni..

hurmm..sabo junaide..sabo..

tujuh hari..

Posted in By si otak bebal 3 kritikan

erm..dalam masa tujuh hari ni.
macam mcam da jadi kat aku..
dengan masalah famili lagi.
tau la aku da kat ganu ni ha..
tapi tetibe lak ade masalah kat johor nun sana..
time aku ade kat uma oke la plak masing masing kan..

dengan pointer aku yang cam hape ntah..
da bole berenti kolej da ni..
ntah ape aku piki sampai jari aku pon terkene pisau..
senget da jari aku ni..

macam macam la lagi..
aku kalau nak cite tak habis rase nye..
kalau betul salah aku..
cakap..tak payah nak simpan simpan..
takpayah nak pura pura macam semuenye oke..

dan KAU!!!
malas la cite..
bye

misi tercapai...

Posted in By si otak bebal 3 kritikan

assalamualaikum..
selamat jumaat..
hua3..selame aku duduk kat umah ni..
misi aku da tercapai da...
nak tau ape?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
berjaya mengelakkan diri daripada pergi hospital..
hahahhahahaha...

penyair..

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

Penyair adalah orang yang tidak bahagia, kerana betapa pun tinggi jiwa mereka, mereka tetap diselubungi airmata.
Penyair adalah adunan kegembiraan dan kepedihan dan ketakjuban, dengan sedikit kamus.
Penyair adalah raja yang tak bertakhta, yang duduk di dalam abu istananya dan cuba membangun khayalan daripada abu itu.
Penyair adalah burung yang membawa keajaiban. Dia lari dari kerajaan syurga lalu tiba di dunia ini untuk berkicau semerdu-merdunya dengan suara bergetar. Bila kita tidak memahaminya dengan cinta di hati, dia akan kembali mengepakkan sayapnya lalu terbang kembali ke negeri asalnya.

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

Hari ini ku lihat awan biru dan hijaunya dedaun
Ku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar

Tersesak dalam cita, diuji dan diduga
Namun aku ini hanya orang kecil

Jauhnya cinta, jauhnya bahagia
Lelah gelita, kosongnya jiwa
Ku impikan bulan, ku terjatuh di bintang
Bersyukur apa ada, ku ‘kan sampai ke sana

Hari ini ku lihat teman ku dan separuhnya bersatu
Ku lupa betapa indahnya kehidupan yang sebenar

Tersungkur bangun lagi, komplikasi duniawi
Namun aku ini hanya orang kecil

jajan untuk hari ini...

Posted in By si otak bebal 6 kritikan

fuhhh...assalamualaikum!!
hari ni pergi melawat tempat koje lame..
bosan dok uma setelah sekian lame..
pagi pagi membe aku da memekak kat lua..
aku tido lagi kat dalam..nasib kau la..
tunngu la aku siap..hua3..

balik je dari site visit..(=.=")
terasa macam nak mengunyah something lak..
abah hulur kan bawang kecik ngan bawang putih..
ape lagi..potong aa..
aku goreng rangup rangup..
pehhh jajan paling best sekali...
BAWANG GORENG!!!!hua3

sumber:uncle goooooooooogle..

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pegawal peribadi yang paling waspada ialah DIAM. Bahasa yang paling manis ialah SENYUM.Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.


Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak diiringi dengan keberanian.

Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Kebenaran itu apabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.

Tawadhu ialah apabila berjumpa dengan seseorang, dia akan sentiasa menyangka bahawa orang itu lebih baik daripada dirinya.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia daripada memberi dengan banyak tetapi diiiringi dengan riak.

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

The business of the poet is not to find new emotions, but to use the ordinary ones and, in working them up into poetry, to express feelings which are not in actual emotions at all.

the script

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

Posted in By si otak bebal 0 kritikan


The Script taught me how to listen to my heart.
Greenday taught me that government's gonna fail someday.
Bruno Mars taught me to do anything for the person I love
Eminem taught me that life is hard but you can make it through
Travis taught me to be generous
Taylor Swift taught me not every girl is going to treat me right
30 Seconds to Mars taught me to speak whats on my mind
Michael Jackson taught me to love the people around me
Music taught me to live

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

dalam masa beberapa bulan ni..
aku hilang 5 orang membe baik aku..
aku pun tak tahu la mane dorang menghilang..
kalo pasal wat silap tu..
aku rase aku ade kot buat silap..
tapi tak kan sampai macam ni sekali jadinye..
takpela..da balasan orang jahat kan..
haaa PADAN MUKE AKU!!!



You had your shining moments,
Upon this life's darkened stage,
And in my book of wonderments,
You'll never be just another page.

Like the exploding of a star,
You've changed me in and out,
Your light will travel with me far,
Past when all other lights go out.

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

saying sorry is the purest cure of all heart aches and heart breaks! Admit to yourself that you have done wrong and say sorry. It does not only touches the heart but also touches the soul. It's the greatest thing to do that will give you the greatest feeling to enjoy. :)

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

kenape perlu rase begitu..
aku rase aku da tak pikir dah pasal tu lagi.
mungkin sekarang ni aku dah mula kehilangan kawan kawan baik.
sorang demi sorang menghilang kan diri.
mungkin lepas ni da takde siape lagi..

tapi kalau kau da cakap cam tu..
aku respek kau.. :)

Posted in By si otak bebal 3 kritikan

kalau aku nak bergelak dengan kau macam dulu lagi boleh tak?

Posted in By si otak bebal 0 kritikan




Kebahagiaan adalah hak setiap insan. Oleh itu kita sebagai insan perlu menjemput kebahagiaan itu agar ianya hadir ke dalam hidup kita. Seiring dengan itu tentu ada satu tanggungjawab yang sangat mustahak untuk dilakukan agar kebahagiaan itu benar-benar kekal untuk kita miliki. Dan tanggung jawab bagi mereka yang inginkan kebahagiaan adalah membahagiakan orang lain. Maka orang yang tidak mahu menunda kebahagiaan dirinya, harus mendahulukan kebahagiaan orang lain agar diri sendiri pun bahagia. Marilah kita terima dengan ikhlas, bahawa kebahagiaan adalah masalah keputusan. Hidup yang berbahagia adalah untaian dari keputusan-keputusan untuk berbahagia, dari satu masa ke masa yang lain. Kita harus segera memutuskan untuk berbahagia, dan keputusan itu harus tegas. Kerana keputusan yang baik adalah keputusan berpendirian. Setelah kita putuskan untuk berbahagia, maka semua fikiran, perasaan dan tindakan kita akan terfokus kepada perkara-perkara yang membahagiakan. Tegaslah untuk memutuskan bahawa :

“Waktu terbaik untuk berbahagia adalah SEKARANG”.“ Tempat terbaik untuk berbahagia adalah DISINI”. Dan “cara terbaik untuk berbahagia adalah membahagiakan orang lain”.

Jika kita belum mampu merasa bahagia, marilah kita hidup dengan cara yang menjadikan kita layak untuk berbahagia. Perasaan kita ditentukan oleh apa yang kita kerjakan dan apa yang kita hindari. Maka jangan hindari fikiran yang baik, jangan hindari perasaan yang baik dan yang penting sekali jangan hindari tindakan yang baik. Perlu diingat bahawa “Orang yang hidup hanya untuk dirinya sendiri, akan lebih mudah merasa sedih dan tidak berguna”. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menjadi sebab bagi kebahagiaan.
“Tujuan hidup kita adalah menjadi sebab bagi kebahagiaan, bagi diri-sendiri dan bagi orang lain”. Marilah kita hidup untuk membahagiakan sebanyak mungkin orang lain. Mudah-mudahan kita akan dijauhkan dari kesedihan dan kita akan dimudahkan untuk mendapatkan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

Dont wish it were easier, wish you are better
Dont wish for fewer problems, wish for more skills
dont wish for less of challenge, wish for more wisdom

kenapa kau nak pilih?

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

kenapa kau nak pilih?
kenapa kau nak cuba?
kenapa kau nak buat?
kerana kau tahu kau suka..

steve, seorang doktor
tapi bercita cita mahu
jadi perenang,kenapa?
sebab dia suka jadi ahli sukan.

nina, anak orang
kaya tapi dia mahu
berkahwin dengan
seorang pengutip sampah, kenapa?
sebab semuanya atas dasar suka..

kau tak tahu
sebab kau belum
dapat memilih

kau tak dapat
sebab kau tak pergi mencuba

kau gagal sebab
kau buat dengan
cara yang salah

kenapa kau nak pilih?
kenapa kau nak cuba?
kenapa kau nak buat?
kerana kau tahu kau
suka..

cita cita?

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

dari pagi ke malam aku bekerja
tangan dan otakku tak ubah macam mesin saja
pernahkah kau terfikir pasal benda lain
 benarkah kau betul betul ingin lakukan semua ini

menjana hidup untuk bahagia
mungkin menjadi semacam rutin
gunakan semua kudrat yang ada
semata mata ingin berjaya

bagi kita, kaya atau papa
semua itu tiada ertinya
bersaksikan manusia
hancurkan segala harta
tinggalkan hanya harapan

hidup dalam alam realiti
apa yang perlu adalah hanya
bergantung pada usaha sendiri
untuk mencapai angan menjadi
realiti bukan fantasi

selama ini pun
tidak memerlukan imaginasi
mana dia superman
hanya wujud musuh yang cuba
mengambil kesempatan

kita tidak perlu semua
demi cita cita, kita banyak
mengorbankan banyak benda
demi hidup kita kene berusaha
menghadapinya

ada apa dengan cita cita
hinggakan ramai orang
bermati matian untuk menggapainya
cita cita memang sesuatu
yang menakutkan
benar benar menakutkan

bak kata abah..

Posted in By si otak bebal 2 kritikan

tadi dok sembang ngan abah..
sambil kruk krak kruk krak makan keropok ikan yang aku bawak balik..
boleh cerite pasal jodoh pulak..
abah tanye aku.

abah: "kau dah jumpe bakal menantu abah?"
aku: "belum lagi.apsal?tunggu la abah kawin lagi sekali.nanti boleh sanding same same."
aku n abah:"HAHAHAHAHA"
abah: "kau nak mampus?.mak kau dengar tu..hahaha"
aku: "da tu kate sayang..tak kan tak bagi?"
abah:"berperang la nampak gayenye lau cam tu. :)"
aku:"abah ce bagi tips sikit. teman ni nak tau jugak rahsie kamu tu macam mane bole ngam plak ngan PUAN SRI SURAYA tu..hahahaha"
abah: "kau kalau nak tau dia tu jodoh kau, kau cuba pasang niat nak bagi die cincin ke, tak pun nak bg cincin tunang ke..sarung kat jari manis kau tu..kalo cincin tu muat kat setengah jari manis kau, kau cube bagi amoi kedai cincin tu sarung kat tangan die.kalau amoi tu muat pakai cincin tu..INSYAALLAH tu la jodoh kau..kalau tak muat.kau cari lain je ler.hahaha"

abah gelak je lepas tu..
dah la gelakkan aku.
die cakap sepatutnye umur cam aku ni da sediakan calon calon untuk mengadap..
apakah?
=.="


ntah bile mase abah aku pandai posing pon aku tak tau la..

Posted in By si otak bebal 3 kritikan

trimas abah..
atas nasihat jodoh itu tadi..
:)

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

pergi mencari diri sendiri..
pergi perbaikkan diri sendiri.

kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada yg umur panjang, boleh kita berjumpa lagi :)

:)

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

tetibe lagu ni best plak.
kene cari ni cite ni..hua3



Posted in By si otak bebal 0 kritikan

bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang mencipta segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menimbulkan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan
segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,
bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahu
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah
selalunya lebih hidup
dan mudah untuk hampir dengan-Nya
Design by: WPYAG
Blogger Template by Anshul | Funny Pictures.