Follow me on Twitter RSS FEED

what do you want to do before you die?

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

aku hanya perlukan mak abah 
duduk dan bersembang
bercerita tentang aku

aku mahukan segala perbualan antara aku dan mereka 
dipenuhi dengan senyuman dan gelak tawa
tiada tangisan
tiada sketsa sedih
tiada kemarahan

aku mahu mereka tersenyum melihat aku
berbangga dengan aku
bersyukur ada aku

aku mahu berbual dengan mereka sebagai kawan
yang boleh bergurau senda
yang sedia berkongsi masalah
yang sedia membantu

aku benar benar inginkan situasi itu
aku tak mahu seperti situasi yang sedia ada ini

aku akan tunggu saat itu
saat aku tersenyum di kala aku pejamkan mata :)

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.. 

jiwa

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

ku sedut ku hembus
ku sedut ku hembus
terlihat kepul kepul asap
keluar dari liang ronga mulut aku

kenapa aku ambik balik bende ni
aku serabut
aku kusut

tika aku gembira
aku nak kongsikan pada satu dunia
biar dunia tahu betapa gembiranya aku
tapi saat aku jatuh
aku terus terjatuh
hingga berkecai sepai semangat aku

"padan muke ko"
"hadap la sendiri"
kata kata semangat yang paling 'memberangsangkan'
belum lagi kata kata kesat yang aku dapat

'quit'
betul ke ape yang aku buat ni
patut ke aku piki betul betul bende ni
jiwa aku bagaikan mula pudar
mula hilang

aku mahu tunggu hingga jiwa aku betul betul hilang
aku perlukan jiwa yang baru



kuasa veto

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

aku suka gunakan kuasa veto kat rumah
senang keje aku
korang sume bawah arahan aku
lagi lagi bila mak bapak aku takde
janganlah kau nak suke suke yer

terasa macam perdana menteri kejap..
tau tau je sume da siap..

kisah raya aku.

Posted in By si otak bebal 2 kritikan

assalamualaikum

aku rase tak terlambat lagi kalau aku nak cerite pasal hari raya aku hari tu
raya belum habis lagi kan?haha

raya tahun ni tak semeriah la raya tahun lepas
tahun ni pagi raya aku kat rumah aku
bukan kat kampung belah mak aku mahupun belah bapak aku

time malam raya aku sibuk berjalan ngan membe aku
pergi parit raja la..batu pahat la..
pastu lepak sampai subuh..
balik rumah tak reti nak tido
aku baru je nak lelap
adik aku dah menyampuk dah"ayong!!bangunlah..hari raya ni"

memang la hari raya..tak kan hari guru pulak
dengan mata aku yang rabak.aku pergi mandi..
bersiap bagai nak g masjid..
adik aku sibuk ngan baju raya baru..
aku rilek je pakai baju raye taon lepas..

habis je sembahyang raya..
siap makan sume bergambar la ape la.
bersiap nak balik kampung..sebelum tu..
haruslah adegan nangis menangis kejap.
aku sebagai ayong..come 1st..
pastu time adikadik aku bersalam ngan aku..
rase cam bapak orang la pulak..haha

famili aku yang lain pun gerak la balik kampung belah mak aku dulu kat bekok
aku jalan lambat sikit.
sampai je kat bekok.salam la ngan atok nenek sedara mara sepupu sepapat..
macam tahun tahun yang lepas.
aku lepak umah atok aku je malas nak ikut beraye..
time tu la ade 'pegawai penyiasat' a.k.a macik macik aku

"ko da keje ke?"
"bile nak kawen?"
"tak bawak awek kau balik kampung sekali ke?"

ape kejadahnye macik macik ni..ingat aku ni da tua sangat ke.
tau la aku malas nak shave bagai..kang semart sangat.
aku malas nak layan..aku terus pass kat mak aku..
pastu aku terus gerak balik kampung belah bapak aku pulak kat labis

sampai kat labis pun same jugak..
dapat jugak soalan cam tu..ciss!!
taon depan aku kene bertukar ni..bagi slim sikit
biar diorang sume tak kenal aku..
hahahaha

malam tu jugak lepas maghrib aku terus gerak balik rumah.
terasa kemalasaan untuk beraya membuakbuak
tapi malangnye..time aku otw balik tu la hujan.
habis basah lencun aku..

malam tu..aku dengan selamba badak je teruskan aktiviti aku macam biase.
macam tak raye je..
padahal mak aku da bising da..haha

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

assalamualaikum


dah selesai dah tugas aku kat sini
tapi..
aku masih ada lagi kat sini
apa aku buat?
tak nak balik rumah?
lupa jalan balik?

tiba masa aku tenangkan diri
setelah sekian lama

aku tetap rasa tak tenang
selalu
selalu rasa tak sedap hati
aku selalu abaikan rasa itu

supaya aku tak fikir bukan bukan

a'ah..aku memang suke fikir bukan bukan
kadang kadang nak tidur pun
aku selalu fikirkan
'apsal mude mude lagi dah banyak hutang?'
'apsal aku dapat ni'
'apsal aku tak dapat tu'
'apsal jadi macam ni'

aku mule berfikir sampai aku tidur
bila bangun pagi
aku dah lupa semue tu

indah betul waktu 10 saat lepas bangun tidur
tak fikir apa apa pun

lepas 10 saat dah macam macam dah kite kene fikir
nak pergi sekolah.
kolej.
kerja

aku pun tak tau la ape aku da merepek ni
aku perlukan tidur
tidur yang secukupnya
setelah 3 hari.
aku tak tidur

bagi aku mimpi
mimpi yang aku inginkan
jika mimpi itu datang
jangan kejut aku
biar aku menikmati mimpi itu


Some men are born mediocre, some men achieve mediocrity, and some men have mediocrity thrust upon them.

kiri atau kanan?

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

aku tak boleh terlampau selesa
selesa dengan apa yang aku ada
selesa dengan apa yang diberi

aku tak boleh!
tak boleh!

nanti aku akan jadi berlagak.
riak.
sombong.
takbur.
dan dipandang serong

aku lebih suka jika dunia menghembus kata kata yang hina kat aku
ya! pelik kan?

aku suka keadaan terdesak
aku suka keadaan jiwa aku huru hara
aku suka keadaan aku dalam kesempitan

sebab
pada waktu tu lah
aku belajar

belajar untuk menyelesaikan konflik jiwa
konflik kehidupan
konflik duniawi

kadang kadang dirasakan dunia ini tidak adil
mana undang undang
mana hati perut
mana perikemanusian

dalam dunia manusia ini
tiada yang adil
semuanya huru hara
berat sebelah

pabila rezeki dicari menggunakan tangan kiri
'ia' menjadi hitam
hitam sehitam hitamnya
tertutup hati manusia

berlagak dengan hasil tangan cebok itu
mana pergi rezeki yang diberkati
mana pergi ucapan alhamdulillah
mana pergi rasa seorang hamba kau

biar banyak mana pun duit kau
biar besar mana pun rumah kau
biar semewah mana pun kereta kau
aku tak peduli

biar aku pula yang kaya
kaya dengan ilmu
kaya dengan tatatertib
kaya dengan bahasa

setakat kaya sahaja
tapi jiwa tak bahgia
apa guna

dah macam patung
kau disarungkan dengan baju yang mahal
tapi

kau tak boleh bergerak
kau statik

orang ramai mungkin dekat dengan kau
melihat baju mahal itu
tapi ada dikisahkan pasal kau

kau seperti dungu
orang mahukan baju itu.
bukan kau

bangkit
bangun
sedar

tak perlu berada di zon yang sangat selesa
cukuplah sekadar apa yang ada

sebesar mana pun kau di dunia ini
kau tetap sama kecil dengan kami semua

seperti sampah!

Posted in By si otak bebal 2 kritikan

bersekang mata untuk final exam yang betul betul final
 terpaksa menahan mata hanya kerana sakit kepale
  terpaksa menahan lapar sejak kejadian tu
   terpaksa menahan telinga dari kata kata famili sendiri
   
adrenalin aku seperti sudah habis
sudah habis aku perah untuk perkara perkara yang tak sepatutnya aku fikir kan

aku terpaksa berhempas pulas untuk mencari adrenalin yang terakhir
ya!
yang terakhir

untuk seminggu saja lagi.
selepas itu..tamat sudah segalanya

tidak perlu lagi aku memikirkannya

tinggalkan semuanya disini
dan kembali ke tempat aku

tempat biasa
biasa aku tidur dengan nyenyak
biasa aku dengar kaum hawa membebel
biasa aku makan dengan kenyang
biasa aku bergaduh

tapi
mungkinkah semua yang aku biasakan
akan jadi seperti biasa

ataupun akan menjadi biasa dengan masalah itu?

masalah!
aku akan diam apabila ada masalah
aku akan menipu apabila ada masalah
aku akan makan sekenyangnya bila aku ada masalah

aku mula mencari hiburan aku sendiri
tapi aku sedar.
hiburan?
sekadar dunia

aku tetap ingat kepada Tuhan aku Yang Satu
bermohon agar dipermudahkan urusan ku
dibukakan pintu hatiku
dlapang kan dadaku
diberi petunjuk
tak lupa..diampunkan segala dosa ibubapaku :)

aku mudah tersenyum
melihat telatah manusia
aku juga
mudah dihina oleh manusia

ku simpan dalam dalam
agar 'bende itu' boleh dijadikan bom nuklear
bom sekalian manusia

biar semua rasakannya
rasakan bagaimana
dihina
dicaci
dikeji

biarkan
biarkan aku

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

minta sesaat lagi,
kerana seluruh nafas
selama hidup
telah tertumpah dan terbazir.

minta sesaat lagi,
supaya sempat
aku redhakan
satu persatu getir.

minta sesaat lagi,
untuk aku maknakan
sia-sia nyawaku
dahulu.

minta sesaat lagi,
kau perlu tahu
milik siapa sebenarnya
hati aku.

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

Berapa lama lagi…mimpi indah ini
Sertai tidurku
Hingga ku enggan terjaga
Dari mimpiku

Bukannya aku tak mau melihat kenyataan
Bukannya aku bahagia bila hanya melihat mimpi
Namun sesungguhnya ku tak mampu
Menyadari kenyataan itu

Bahwa kau telah berlalu
Hilang di telan waktu
Dalam malam yang sepi
Dinginkan tubuhku

Aku hanya mampu sembunyi
Dari hari
Dari pilu
Menghambat langkahku
Tak sanggup berlari
Hanya terdiam dalam selimut
Kenang indahnya
Hanya di mimpiku
Design by: WPYAG
Blogger Template by Anshul | Funny Pictures.