Follow me on Twitter RSS FEED

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

Realiti hidup ini penuh dgn kekejaman,


realiti hidup ini penuh kepalsuan,

realiti hidup ini penuh kepura-puraan,

realiti hidup ini penuh kesengsaraan,

realiti hidup ini penuh kehinaan,

namun sedarlah diriku....

laluilah realiti hidup ini dengan penuh kesabaran dan keredhaan.

laluilah hidup ini dengan kejujuran,

laluilah hidup ini dengan kegembiraan,

laluilah hidup ini dengan penuh kasih sayang,

laluilah hidup ini dengan rasa sifat tawadhuk.

Insya ALLAH kebenaran akan mengalahkan kebatilan..

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

Aku jelik pada si bodoh itu..
Tidak cerdik juga tidak celik..
Komposisinya sonsang..

Ini bukan ruang transaksi jijik..
Usah cemar surga..

Salah aku kah?

Liat..
Kalis nasihat..
Tersiat tergores hati atas pulangan dari kamu..

Sudah-sudah la..
Perenggan juga ada noktahnya..

Proud to be johorean

Posted in By si otak bebal 0 kritikan


Melayu Johor
telah terlalu banyak kita kehilangan
sawah ladang bertukar tangan
pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
yang tinggal hanyalah pakaian
sedarah sedaging hampir hilang
yang ada hanyalah setulang
Selat Tebrau kian sempit
hati rindu jauh tergamit.


Di Johor,
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
malah Muallaf bertakrif Melayu.


Melayu itu maknanya bijaksana
"jika menipu pun bersopan"
kurang ajarnya tetap bersantun
dajalnya cukup selamba
budi bahasa jangan dikira
beraninya cukup benar
tunduk bila bersalah
"lembutnya cukup jantan"
setia sampai ke kubur
biar mati adat jangan mati sahabat.


Anak Johor,
luka di Tanjung Putri
parutnya di Parit Raja
muka biar berseri
mulut biar berbahasa.


Berkelahilah cara Melayu
menikam dengan pantun
menyanggah dalam senyum
marahnya dalam tertawa
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak.


Watak Melayu menolak permusuhan
jiwa Melayu mengangkat persahabatan
kasih sayang kekeluargaan
ringan tulang saling bertolongan
jujur memaafkan, ikhlas memberikan.


Berdamailah cara Melayu
silaturahim yang murni
di mulut sama di hati
maaf senantiasa bersahut
tangan dihulur bersambut
luka pun tidak lagi berparut.


Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
dalam kekeruhan ini carilah perdamaian
sifat terpuji setiap insan.


Bermuafakat supaya berkat
bersaudara dunia akhirat
berikhtiar dengan tabah
kepada Allah berserah.

USMAN AWANG
1988

tabah

Posted in By si otak bebal 0 kritikan


Selamilah samudera jiwa kita. Umpama ia lautan yang teramat dalam, kerana itulah kita harus mendalami kehidupan. Ibarat diam menyimpan intan, mutiara dan rahsia alam, begitulah selayaknya perasaan dan emosi yang seharusnya berkembang.

Umpama lautan tidak bertepi, sebegitu jua kata dan rasa kemaafan harus diberikan dan diucapkan pada mereka yang mungkin sedang keliru, tidak ambil peduli atau kerana kejahilan rasa hati.
Design by: WPYAG
Blogger Template by Anshul | Funny Pictures.