Follow me on Twitter RSS FEED

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

Realiti hidup ini penuh dgn kekejaman,


realiti hidup ini penuh kepalsuan,

realiti hidup ini penuh kepura-puraan,

realiti hidup ini penuh kesengsaraan,

realiti hidup ini penuh kehinaan,

namun sedarlah diriku....

laluilah realiti hidup ini dengan penuh kesabaran dan keredhaan.

laluilah hidup ini dengan kejujuran,

laluilah hidup ini dengan kegembiraan,

laluilah hidup ini dengan penuh kasih sayang,

laluilah hidup ini dengan rasa sifat tawadhuk.

Insya ALLAH kebenaran akan mengalahkan kebatilan..

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

Aku jelik pada si bodoh itu..
Tidak cerdik juga tidak celik..
Komposisinya sonsang..

Ini bukan ruang transaksi jijik..
Usah cemar surga..

Salah aku kah?

Liat..
Kalis nasihat..
Tersiat tergores hati atas pulangan dari kamu..

Sudah-sudah la..
Perenggan juga ada noktahnya..

Proud to be johorean

Posted in By si otak bebal 0 kritikan


Melayu Johor
telah terlalu banyak kita kehilangan
sawah ladang bertukar tangan
pekan dan bandar kita menumpang
Teluk Belanga entah ke mana
yang tinggal hanyalah pakaian
sedarah sedaging hampir hilang
yang ada hanyalah setulang
Selat Tebrau kian sempit
hati rindu jauh tergamit.


Di Johor,
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar itu Melayu
Minangkabau memang Melayu
Aceh dan Siak adalah Melayu
Jakun dan Sakai lebih Melayu
Arab dan Turki pekat Melayu
Mamak dan Malbari jadi Melayu
malah Muallaf bertakrif Melayu.


Melayu itu maknanya bijaksana
"jika menipu pun bersopan"
kurang ajarnya tetap bersantun
dajalnya cukup selamba
budi bahasa jangan dikira
beraninya cukup benar
tunduk bila bersalah
"lembutnya cukup jantan"
setia sampai ke kubur
biar mati adat jangan mati sahabat.


Anak Johor,
luka di Tanjung Putri
parutnya di Parit Raja
muka biar berseri
mulut biar berbahasa.


Berkelahilah cara Melayu
menikam dengan pantun
menyanggah dalam senyum
marahnya dalam tertawa
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak.


Watak Melayu menolak permusuhan
jiwa Melayu mengangkat persahabatan
kasih sayang kekeluargaan
ringan tulang saling bertolongan
jujur memaafkan, ikhlas memberikan.


Berdamailah cara Melayu
silaturahim yang murni
di mulut sama di hati
maaf senantiasa bersahut
tangan dihulur bersambut
luka pun tidak lagi berparut.


Melayu Johor saudaraku yang dikasihi,
dalam kekeruhan ini carilah perdamaian
sifat terpuji setiap insan.


Bermuafakat supaya berkat
bersaudara dunia akhirat
berikhtiar dengan tabah
kepada Allah berserah.

USMAN AWANG
1988

tabah

Posted in By si otak bebal 0 kritikan


Selamilah samudera jiwa kita. Umpama ia lautan yang teramat dalam, kerana itulah kita harus mendalami kehidupan. Ibarat diam menyimpan intan, mutiara dan rahsia alam, begitulah selayaknya perasaan dan emosi yang seharusnya berkembang.

Umpama lautan tidak bertepi, sebegitu jua kata dan rasa kemaafan harus diberikan dan diucapkan pada mereka yang mungkin sedang keliru, tidak ambil peduli atau kerana kejahilan rasa hati.

what do you want to do before you die?

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

aku hanya perlukan mak abah 
duduk dan bersembang
bercerita tentang aku

aku mahukan segala perbualan antara aku dan mereka 
dipenuhi dengan senyuman dan gelak tawa
tiada tangisan
tiada sketsa sedih
tiada kemarahan

aku mahu mereka tersenyum melihat aku
berbangga dengan aku
bersyukur ada aku

aku mahu berbual dengan mereka sebagai kawan
yang boleh bergurau senda
yang sedia berkongsi masalah
yang sedia membantu

aku benar benar inginkan situasi itu
aku tak mahu seperti situasi yang sedia ada ini

aku akan tunggu saat itu
saat aku tersenyum di kala aku pejamkan mata :)

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.. 

jiwa

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

ku sedut ku hembus
ku sedut ku hembus
terlihat kepul kepul asap
keluar dari liang ronga mulut aku

kenapa aku ambik balik bende ni
aku serabut
aku kusut

tika aku gembira
aku nak kongsikan pada satu dunia
biar dunia tahu betapa gembiranya aku
tapi saat aku jatuh
aku terus terjatuh
hingga berkecai sepai semangat aku

"padan muke ko"
"hadap la sendiri"
kata kata semangat yang paling 'memberangsangkan'
belum lagi kata kata kesat yang aku dapat

'quit'
betul ke ape yang aku buat ni
patut ke aku piki betul betul bende ni
jiwa aku bagaikan mula pudar
mula hilang

aku mahu tunggu hingga jiwa aku betul betul hilang
aku perlukan jiwa yang baru



kuasa veto

Posted in By si otak bebal 0 kritikan

aku suka gunakan kuasa veto kat rumah
senang keje aku
korang sume bawah arahan aku
lagi lagi bila mak bapak aku takde
janganlah kau nak suke suke yer

terasa macam perdana menteri kejap..
tau tau je sume da siap..
Design by: WPYAG
Blogger Template by Anshul | Funny Pictures.