Posted in By si otak bebal 0 kritikan

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pegawal peribadi yang paling waspada ialah DIAM. Bahasa yang paling manis ialah SENYUM.Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.


Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak diiringi dengan keberanian.

Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Kebenaran itu apabila dijemur di bawah cahaya mentari, ia tidak akan lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan busuk.

Tawadhu ialah apabila berjumpa dengan seseorang, dia akan sentiasa menyangka bahawa orang itu lebih baik daripada dirinya.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia daripada memberi dengan banyak tetapi diiiringi dengan riak.