seperti sampah!

Posted in By si otak bebal 2 kritikan

bersekang mata untuk final exam yang betul betul final
 terpaksa menahan mata hanya kerana sakit kepale
  terpaksa menahan lapar sejak kejadian tu
   terpaksa menahan telinga dari kata kata famili sendiri
   
adrenalin aku seperti sudah habis
sudah habis aku perah untuk perkara perkara yang tak sepatutnya aku fikir kan

aku terpaksa berhempas pulas untuk mencari adrenalin yang terakhir
ya!
yang terakhir

untuk seminggu saja lagi.
selepas itu..tamat sudah segalanya

tidak perlu lagi aku memikirkannya

tinggalkan semuanya disini
dan kembali ke tempat aku

tempat biasa
biasa aku tidur dengan nyenyak
biasa aku dengar kaum hawa membebel
biasa aku makan dengan kenyang
biasa aku bergaduh

tapi
mungkinkah semua yang aku biasakan
akan jadi seperti biasa

ataupun akan menjadi biasa dengan masalah itu?

masalah!
aku akan diam apabila ada masalah
aku akan menipu apabila ada masalah
aku akan makan sekenyangnya bila aku ada masalah

aku mula mencari hiburan aku sendiri
tapi aku sedar.
hiburan?
sekadar dunia

aku tetap ingat kepada Tuhan aku Yang Satu
bermohon agar dipermudahkan urusan ku
dibukakan pintu hatiku
dlapang kan dadaku
diberi petunjuk
tak lupa..diampunkan segala dosa ibubapaku :)

aku mudah tersenyum
melihat telatah manusia
aku juga
mudah dihina oleh manusia

ku simpan dalam dalam
agar 'bende itu' boleh dijadikan bom nuklear
bom sekalian manusia

biar semua rasakannya
rasakan bagaimana
dihina
dicaci
dikeji

biarkan
biarkan aku